21 Apr 2013

Testimoni Basic H dan Herbal Blend MultiPurpose Cream



Testimoni dari saya sendiri!!

2 minggu lepas damia tiba-tiba kena masalah kulit, mula asalnya sebiji macam kena gigit semut camtu, dia punya garu tempat tu sampai merah dan akhirnya mcm melecet, kena pada bahagian bawah pusatnya..dia sedap je mengaru tempat tu..sekali bila nak mandi bukak diapers macam dah jadi luka melecet dan membesar tempat tu..pedih usah citer ler..meraung dia bila mandi..kena air sakit tempat yg terkena luka ..mula nya ingat maybe sebab diapers tu kot lama sgt or sb dia kuat menggaru..mama pon apa lagi cepat-cepat sapu ubat gamat, tetap x ok jgk luka tu..lepas tue mama cepat pecahkan vita E sapu kat bahagian luka..ade le Nampak sikit kering lukanya..

Selang 2 hari makin teruk balik..mulanya hanya setempat sekali makin naik kat bahagian peha, celah peha, betis dan belakang badan..ini akibat kes sedap menggaru..tapi kali nie cam bintik seakan-akan nak kena chicken pox..ingatkan memang chicken pox ler..cepat-cepat kasi minum air kelapa kot ler penyakit tu cepat keluar..esoknya tetap tak de apa berlaku..yang ada hanya luka sana-sini macam melecet, sakit mmg dia meraung je bila mandi..bawak gi klinik doc kata bukan chicken pox..hanya allergi..doc pon bagi ler ubat allergi, krim sapu ngn antibiotic sahaja..

Nak bagi makan ubat punyalah payah, menangis mcm kena rotan..bila bagi guna syringe byk tumpah dari telan..mana nak hilang penyakit..mmg susah nak bagi ubat sekarang nie..tapi nasib baik ler ubat sapu dia nak..dalam 2 hari camtu tak jugak kering tempat luka..penyakit tu pulak makin merebak dan mengembang dari kecil ke besar..

Mama pon terpikir utk cuba mandikan dia ngn air basic H Shaklee..kebetulan mmg baru beli basic H nie sajer utk buat stok..apa lagi berendam ler dia dalam bath tub baby ngn air sabun buih-buih..suka ler dia kan..hanya 3 titik je dah penuh buih dlm besen tu..masa dia berendam tu mama ambik peluang utk gosok-gosok luka kat bahagian badan dia..nasib ler dia tak pedih..maybe sebab luka tu dah nak kering so tak sakit kot..

Dalam 3x berendam ngn air basic h dah nampak kesannya..tempat luka melecet tu dah kering dan ada yg dah hilang parutnya..Cuma bahagian yg besar tu lambat sikit hilang parut..alhamdulillah lega sangat masa nie..tapi selang 2 hari lepas tu datang balik, tapi kali nie kat bahagian lain pulak..mungkin juga tindak balas ubat atau pon penyakit tu tak keluar habis lg..dan jugak dia pun dok menggaru je kejanya..mana tak merebak..

Kali ni kena kat bahagian rambut ngn tengkuk, ada sikit kat bahagian muka..sebab tau bila tercium rambut dia bau busuk dan dia asyik mengaru rambut..kebetulan masa tu dia baru kena selesema, so tak shampoo rambut, takkan ler baru sekali tak shampoo rambut dah berbau kan.. bila mama nak tgk rambut dia, dia menolak tak bagi sentuh pun..inikan nak sikat rambut..menangis2 tak nak sikat..bila masa dia tido malam tu baru ler ada kesempatan nak tgk belek-belek rambut dia..patutler dia dok mengaru je..rupanya ada luka kat kepala dia..penuh dah luka berair sebab tu busuk baunya..kesian sungguh tgk..

Malam tu mmg dia menggaru tak ingat ler..mama tak tido malam dok jaga jgn bagi dia menggaru sangat..dah ler berjaga baby yg asyik nak nyusu je..so mmg pakej ler tak tido jaga anak-anak..huhu..
Esoknya, masa time nak mandi tue ajak dia rendam lagi dalam bath tub, mula dia sonok sangat ler sekali mama pegang kepala dia nak shampoo dia meraung sekuat hati..sakit dan pedih le tu..kesian sgt masa nie..dia menangis tak henti-henti..lastnya terus tak jadi rendam..mandi koboi jek..

Petang tu, cuba pujuk lagi utk mandi dalam besen, nasib mood dia ok dia nak rendam dalam basic h tu..mula-mula pujuk jgk ler main buih-buih..bila dia dah sonok, baru ler mama try sapukan setitik basic h tu kat kepala pula..buatkan shampoo..dia pon tak nangis masa nie..mungkin luka tu tak pedih..esoknya terus buat benda sama, mandi ngn shampoo dgn basic H..alhamdulillah ptg tu tgk luka kat kulit kepala dia dah ok, berkeping-keping keluar bila gosok..3hari guna basic h Alhamdulillah hilang dah penyakit gatal tu..Cuma skang nie walaupun dah hilang mama tetap guna jugak basic h sebagai air mandian dia..Cuma sekali sehari je ler..

Sekarang bila ade je nampak gatal or merah-merah kat badan dia mama cepat-cepat sapu krim herbal blen multi-purpose cream pulak..coz herba blend ni berasaskan sumber organic..biasala budak-budak kan kalau terpegang krim yg doc bagi tu kan racun pastu pegang makanan pulak..bahaya utk dia..so nasib ler ada krim organic nie..

Selepas 2 minggu hilang terus parut-parut..Cuma tggl saki baki je lg parut nak hilang..takut jugak mama kalau parut tak hilang..dah ler anak mama nie gegirl…aihhh burukler nanti parut sana-sini..alhamdulillah takde kesan..back to normal..hehe..happy-happy..

Mana tak happy bila anak sakit mama pon tak tentu arah jugak..nak jaga baby kecik lagi..dalam pantang lagi masa tue..mencabar ok!!! Takut pulak terkena jangkitan kat adik dia lagi..mmg payah betul nak jaga..siap pantang makan..tak bagi makan benda gatal..nasib ler dia pon takde mood jgk nak makan..sebelum nie pantang tgk org makan dia nak makan jugak…

gambar sebelum menggunakan basic H shaklee
 gambar selepas menggunakan basic H shaklee


 Puas hati ngn basic H ngn herbal blend ni..rasanya klau ada yg sakit gatal-gatal nil leh cuba mandi ngn basic h dan sapu herbal blend multi-purpose cream ni..sangat-sangat berbaloi dan puas hati…harga pon murah je…daripada bwk anak gi klinik, jumpa pakar kulit apa kata cuba yg organic je..mna tau berkesan, tak salah mencuba kan!!!




Berminat?
Hubungi saya di irisShopp@yahoo.com atau sms/whatsApp ke 0197261710 (Ila) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.




I'm Shaklee Independent Distributor : 893501. Cash On Delivery : Area Senawang, Seremban Negeri Sembilan. Penghantaran Melalui Pos : Seluruh Malaysia Untuk pertanyaan lebih lanjut sila sms atau whatsapp 0197261710 saya untuk lebih lanjut,In Sya Allah..saya akan cuba membantu anda untuk mendapatkan harga terbaik..Terima Kasih..

14 Apr 2013

Omega Guard Shaklee


Berminat?
Hubungi saya di irisShopp@yahoo.com atau sms/whatsApp ke 0197261710 (Ila) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

I'm Shaklee Independent Distributor : 893501. Cash On Delivery : Area Senawang, Seremban Negeri Sembilan. Penghantaran Melalui Pos : Seluruh Malaysia Untuk pertanyaan lebih lanjut sila sms atau whatsapp 0197261710 saya untuk lebih lanjut,In Sya Allah..saya akan cuba membantu anda untuk mendapatkan harga terbaik..Terima Kasih..

11 Apr 2013

Tempoh Pemulihan Selepas Bersalin



Anda mungkin ingin tahu tentang tubuh badan anda dan beberapa tanda ketika proses pemulihan ini. Antara perkara yang kerap menjadi perhatian dan persoalan ialah;

1-Rahim

Rahim anda akan mengambil masa 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal. Saiz rahim sebenar adalah sebesar telur “double A” sahaja.

2-Bengkak

Bengkak kaki dan badan mengambil masa 4-6 minggu untuk hilang sepenuhnya. Adalah normal untuk tubuh menjadi lebih bengkak dalan tempoh 1-2 minggu, asalkan anda tiada masalah darah tinggi. Pada waktu ini badan akan mengalami kekurangan air kerana anda mengalami dieresis. Oleh itu, minum air yang mencukupi adalah sangat penting untuk memastikan aliran susu badan yang optima dan mengurangkan risiko sembelit.

3-Pendarahan faraj

Pendarahan faraj atau nifas mengambil masa 4-8 minggu untuk berhenti sepenuhnya. Sekiranya ia berhenti selepas 3 minggu bersalin dan datang kembali selepas beberapa hari, ia juga adalah normal. Darah yang keluar itu akan bermula dengan warna merah sebelum ia akan beransur-ansur menjadi warna coklat dan seterusnya coklat muda.

4-Luka Episiotomi

Luka ini akan mengambil masa 1-2 minggu untuk pulih daripada sakit dan 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Pastikan ia bersih dari cemaran seperti najis dan sentiasa kering untuk mempastikan ia lebih cepat sembuh. Lap dengan kain bersih dan anda boleh mengunakan alat pengering rambut jika ada.

5-Luka Pembedahan Cesarean

Pembedahan ini akan mengambil masa 4 minggu untuk pulih daripada sakit dan 8 minggu untuk pulih sepenuhnya. Berjumpalah dengan doktor sekiranya tempoh pemulihan anda memakan masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

6-Stretch Mark dan Warna kehitaman pada kulit

Mengambil masa 6 bulan sehingga 1 tahun untuk hilang sepenuh, selalunya dari kemerahan ia akan menjadi parut putih yang pudar. Mereka yang berkulit gelap mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

7-Kebas Tangan ( Carpal Tunnel Syndrome)

Selalunya hilang dengan sendiri selepas 6 minggu bersalin. Carpal tunnel syndrome terjadi disebabkan tekanan pada urat saraf pada pergelangan tangan yang kerap terjadi disebabkan kehamilan. Kalau tangan anda masih kebas dan sakit selepas tempoh tersebut, eloklah berjumpa pakar untuk rawatan seterusnya.

8-Buasir

Buasir atau hemorrhoid mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda pengidap buasir kronik, ia mungkin akan kekal selagi tiada pembedahan dilakukan. Jumpa dengan doktor pakar sekiranya buasir masih tidak hilang walau setelah beberapa bulan bersalin.

9-Berat badan

Kenaikan berat badan semasa hamil kebanyakannya disebabkan oleh berlebihan bendalir tubuh dan juga tumbesaran rahim serta bayi. Kenaikan berat badan yang optimal adalah dalam lingkungan 10-15 kilogram selama sembilan bulan anda hamil. Kebanyakan dari pertambahan berat ini akan hilang dalam tempoh 2-3 bulan selepas bersalin. Sekiranya anda kelihatan masih berisi selepas 6 bulan bersalin, ia mungkin disebabkan anda mengalami kenaikan yang keterlaluan semasa hamil.

10-Perut buncit dan berkedut

Badan memerlukan 6 bulan – 1 tahun untuk kembali langsing tetapi bergantung kepada cara pemakanan anda semasa pantang dan cara senaman yang anda praktikkan. Buat senaman perut 3-4 kali seminggu semasa pantang dan anda mungkin akan langsing dalam masa yang lebih singkat. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menjalani pembedahan Cesarean, ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama disebabkan lemak kebal yang terbentuk pada sekitar parut cesarean.


 Dapatkan Set Bersalin Shaklee dari saya http://irisdamiashop.blogspot.com/2013/04/set-bersalin-yang-terbaikkk.html

Berminat?
Hubungi saya di irisShopp@yahoo.com atau sms/whatsApp ke 0197261710 (Ila) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.



I'm Shaklee Independent Distributor : 893501. Cash On Delivery : Area Senawang, Seremban Negeri Sembilan. Penghantaran Melalui Pos : Seluruh Malaysia Untuk pertanyaan lebih lanjut sila sms atau whatsapp 0197261710 saya untuk lebih lanjut,In Sya Allah..saya akan cuba membantu anda untuk mendapatkan harga terbaik..Terima Kasih..

Set Bersalin yang terbaikkk!!



SET BERPANTANG SHAKLEE menawarkan produk2 yang berkualiti dan mempunyai fungsi tersendiri dalam pemulihan ibu selepas melahirkan.Antara fungsi-fungsinya adalah:

B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.

ESP dan ALFALFA,meransang aliran susu lebih baik,memperbaiki tisu-tisu dalam badan,memperbaiki organ-organ dalaman wanita..(special bonus,bertindak sebagai kacip fatimah tau!)

**Tambahan pengambilan Ostematrix membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.



Berminat?
Hubungi saya di irisShopp@yahoo.com atau sms/whatsApp ke 0197261710 (Ila) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.



I'm Shaklee Independent Distributor : 893501. Cash On Delivery : Area Senawang, Seremban Negeri Sembilan. Penghantaran Melalui Pos : Seluruh Malaysia Untuk pertanyaan lebih lanjut sila sms atau whatsapp 0197261710 saya untuk lebih lanjut,In Sya Allah..saya akan cuba membantu anda untuk mendapatkan harga terbaik..Terima Kasih..

2 Apr 2013

Promosi April NutriFeron




Penemuan terhebat dalam bidang Immunologi 

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama  40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia (Nutriferon). Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Fomulanya yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.
 
Nutriferon adalah satu Formula Eksklusif dan diPaten oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee.
Didalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis , kanser, hydrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dan lain-lain. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

Manfaat utama :
  • Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari – Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh  : T-cells, B-cells dan makrofag.
  • Melawan Kanser &Tumor – Interferon semulajadi mengandungi poliksakarida ang merangsang dan mengaktifkan immunoglubalin melawan sel-sel tumordan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.
  • Melindungi daripada influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesama, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Meringankan stress & Kelesuan – Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Melambatkan Penuaan – Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C – Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.
  • Mempertingkatkan Menopaus – Hypertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopausakan menjadi lebih baik.
  •  Mempertingkatkan PMS – Terbukti secara kritikal mengurangkan symptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang,sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing. 

Berminat?
Hubungi saya di irisShopp@yahoo.com atau sms/whatsApp ke 0197261710 (Ila) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

I'm Shaklee Independent Distributor : 893501. Cash On Delivery : Area Senawang, Seremban Negeri Sembilan. Penghantaran Melalui Pos : Seluruh Malaysia Untuk pertanyaan lebih lanjut sila sms atau whatsapp 0197261710 saya untuk lebih lanjut,In Sya Allah..saya akan cuba membantu anda untuk mendapatkan harga terbaik..Terima Kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...