Migrain? Tidak Lagi, dengan B Complex dan
Shaklee Ostematrix
Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang
kronik. Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak
boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang.
Pesakit migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian
kepala. Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah,
cirit birit dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.
Sebab-sebab gaya hidup mungkin
punca utama migrain
- Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)
- Bunyi dan bau kuat.
- Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.
- Tekanan emosi atau stres
- Merokok
- Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)
- Ketidakseimbangan hormon ketika dating haid (bagi wanita).
Namun begitu, punca sebenar penyakit ini
masih belum dipastikan sehingga kini.
Pakar kesihatan percaya yang migrain adalah
berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian
menguncup secara mengejut.
Wanita mempunyai kecenderungan menghidap
migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan
selepas menopaus. Penemuan terbaru juga mengatakan ia mungkin disebabkan
genetik.
Bila migrain datang, pesakit akan diberi
ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan
mereka. Bagi pesakit yang agak teruk, dos dadah yang lebih tinggi diberikan
agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.
Oleh itu, adalah lebih baik pesakit memilih
cara alternatif untuk mengatasi masalah migrainnya. Pengambilan supplemen
natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Kenapa pengambilan supplemen lebih baik
daripada ubat? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan (vitamin semulajadi)
dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi seimbang.
Pengambilan ubat (dadah) yang berlebihan akan lebih memudaratkan kesihatan
badan.
Mari kita lihat supplemen yang disyorkan
untuk mengatasi migrain:
Ostematrix (Kalsium, Magnesium &
Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan
gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah
insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan
membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan
fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.
Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan
metabolisma kalsium. Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi
kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat
membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya
berlaku.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan
kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh
menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.
B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6
(Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain.
Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan
saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti
depresi dan strok.
Bagi pesakit migrain, adalah dinasihatkan
supaya cuba mengenali sebab-sebab migrain menyerang pada masa tertentu.
Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu juga
dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.
Sila mempertimbangkan tentang mengambil
vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia
pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan.
Jika berminat ingin melakukan pembelian terus dengan Shaklee boleh klik link ini ya https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=42b58d52344b20312a876e0bfbe95abb
atau ingin membeli dengan saya boleh pm/sms/whatsapp saya 0197261710..saya akan membantu anda cara-cara pengambilan suplement dengan betul supaya kesannya anda akan dapat yang terbaik untuk menyelesaikan masalah migrain anda..jika anda melakukan pembelian terus dengan shaklee pon boleh saje whatsapp saya..saya sudi membantu anda :)
How to Make Money Using Virtual Poker at
ReplyDeleteVirtual งานออนไลน์ Poker is the most popular casino game played in poker rooms. This game can be played on desktop or on the mobile 인카지노 device. 1xbet Play this game at the