28 Nov 2013

Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum..kali ni nak share berkaitan dengan produk dari Shakle yang terbaik untuk sesiapa yang menghadapi masalah susah hamil, insyaAllah ramai yang telah berjaya hamil berkat usaha dan doa serta pengambilan makanan tambahan yang terbaik..tak salah berusahakan, rezeki datang dari ALLAH swt..kita sebagai hambanya haruslah berusaha dan berdoa semoga dikurniakan rezeki zuriat sebagai penyeri rumahtangga..

Antara produk yang paling laris untuk set kesuburan adalah seperti dibawah..secara tak langsung banyak lagi khasiat lain yang bakal diperoleh dari pengambilan makanan tambahan ini..selain bakal memiliki kulit yang cantik, kesihatan dalaman dan luaran juga terjaga..

GLA Complex 


GLA atau Gamma Linolenic Acid adalah sejenis asid lemak yang diperoleh dari sumber  tumbuhan dan biasa dijumpai dipasaran  dalam bentuk kapsul Evening Primrose Oil (EPO).  Merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang membentuk prostaglandin - bahan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.
  • GLA mempunyai pelbagai khasiat untuk semua wanita dan  lelaki.
  • Membantu menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid yang teratur
  • Membantu menghasilkan mucus serviks yang berkualiti bahkan meningkatkan kuantitinya juga.Tugas mucus serviks ialah membantu pergerakan sperma  berenang keovum dan memanjangkan jangka hayat sperma didalam ovum selama 5 hari maka peluang untuk persenyawaan lebih tinggi
  • Membantu mengatasi masalah senggugut
  • Menguatkan placenta dan meningkatkan lapisan uterus-memoptimumkan persekitaran rahim bagi meningkatkan peluang persenyawaan berlaku
  • GLA boleh ditukarkan kepada prostaglandine yang berperanan untuk mengurangkan keradangan (imflammation) yang mungkin menghalang persenyawaan berlaku


CoQ Health (untuk suami & isteri)


Koenzim Q1O atau CoQ10 adalah sejenis nutrien larut lemak dan  memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembebasan tenaga didalam sel. CoQ10 terkenal sebagai suplemen untuk kesihatan jantung, kerana jantung adalah organ badan yang kuat bekerja mengepam darah tanpa henti maka CoQ10 perlu berada ditahap yang tinggi dijantung kita. Peranan yang dimainkan oleh CoQ10 pada system kesuburan  wanita

·         Membekalkan tenaga ditahap optima bagi menghasilkan telur yang sihat, matang dan berkualiti.
·         Berlawanan dengan masa jumlah CoQ10 akan berkurang dengan peningkatan usia, maka pengambilan CoQ10 sangat penting bagi wanita yang berusia untuk menghasilkan telur.
  • Pertambahan kuantiti sperma.
  • Penambahbaikan terhadap pergerakan sperma.
  • Bantu menghasilkan sperma yang berkualiti.
  • Meningkatkan kualiti telur.

Vita-Lea Iron Formula


Mengandungi 28 multivitamin dan multimineral yang membekalkan hampir kesemua nutrien yang sangat diperlukan oleh tubuh. Ia sebagai elemen yang memenuhi ruang-ruang kosong dalam badan dengan nutrien yang tidak kita perolehi dalam diet harian.
Nutrien yang cukup diterima oleh sel-sel tubuh membolehkan segala fungsi tubuh dapat dilaksanakan dengan cekap.

  •   Memastikan sel hidup
  •   Penting untuk pertumbuhan sel baru
  •  Membantu proses pembesaran
  • Menyokong sistem pembiakan lelaki dan wanita

B-complex


Ia mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Ia dapat membantu melawan tekanan atau stress dengan memastikan kesihatan fungsi saraf yang sekaligus dapat membantu meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan juga imsomnia.

  • Meningkatkan fungsi otak
  • Mengurangkan risiko keguguran
  • Mengurangkan risiko kecacatan semasa kelahiran pada otak dan tulang belakang
  •  Membantu melawan tekanan harian terutama bagi merekayang bekerja lelaki atau wanita
  •  Membantu proses sisntesis bahan-bahan genetik sel-sel badan



Vita-C

Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi. Ia amat membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
Bertindak dalam melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress. Ia juga berperanan penting dalam pengeluaran collagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
Maka, kurang stress dan tidakla nampak tua. Ia dapat membantu menyuburkan kasih sayang ;)
  • Meningkatkan system imun badan
  • Meningkatkan paras hormone progesterone-menyediakan badan untuk kehamilan
  • Anti-oksida semulajadi

Vitamin E

Popular sebagai “vitamin cinta” yang membantu untuk membangkitkan perasaan cinta dan keinginan untuk bercinta bagi isteri mahupun suami. Ia amat terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat bagi meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan juga wanita.

10mg selenium semulajadi yang terkandung didalamnya membantu dalam penyerapan vitamin E. Diketahui bahawa sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani maka kandungan selenium yang cukup dapat membantu hubungan seksual bagi pasangan.
Ia turut membantu menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku dan membentuk sel-sel baru (termasuk RNA & DNA).


Zinc complex

Zink merupakan zat yang sangat penting bagi meningkatkan kesihatan lelaki melalui proses pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta membekalkan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.

Zink amat berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid) dan membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma abnormal dan penyakit prostat.

Zink juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Alfalfa complex

Diambil oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa membantu di dalam masalah PCOS (polycystic ovary syndrome).

Setelah mengamalkan makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon dari Allah swt agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. 

Amalkan Doa Nabi Zakaria. a.s.

doa dapat zuriat

Surah Ai Imran 3:38 
 
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Ini kami petik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran – Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed)


doa mudah hamil

Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”.

Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.

kredit kepada http://www.mudahhamil.com/blog/doa-dan-amalan-dapat-zuriat/amalan-dan-doa-nabi-zakaria-untuk-dapat-zuriat/



Untuk pertanyaan lebih lanjut sila sms atau whatsapp 0197261710 saya untuk lebih lanjut,,insyaAllah..saya akan cuba membantu anda untuk mendapatkan harga terbaik..

I'm Shaklee Independent Distributor : 893501. Cash On Delivery : Area Senawang, Seremban Negeri Sembilan. Penghantaran Melalui Pos : Seluruh Malaysia Untuk pertanyaan lebih lanjut sila sms atau whatsapp 0197261710 saya untuk lebih lanjut,In Sya Allah..saya akan cuba membantu anda untuk mendapatkan harga terbaik..Terima Kasih..

27 Nov 2013